222 buah Trak 3 Tan GS Kargo diperolehi - Foto Internet (Motoring-Malaysia.blogspot) |
- Perolehan 222 buah trak tan GS daripada DRB-Hicom Defense Technologies Sdn. Bhd. (Deftech) dan alat ganti dan servis untuk PT-91M oleh Defense Services S/B bernilai RM333 juta.
- Kontrak perolehan sistem Starstreak beserta komponen radar dan pelbagai jenis pelancar bernilai RM897 juta dengan Global Komited Sdn. Bhd.
- Kontrak perkhidmatan sewa helikopter untuk latihan oleh TUDM berjumlah RM74 juta dengan Gading Kasturi Sdn. Bhd.
- Kontrak sistem pengawasan pelabuhan dan pengesanan bawah air berjumlah RM24 juta dengan Puncak Teknologi (M) Sdn. Bhd.
- Kontrak sistem simulasi latihan `virtual' maya untuk Tentera Darat bernilai RM53 juta dengan Flumen Technologies.
- Kontrak pembelian 6 buah heli tinjauan/tempur ringan MD530G bernilai RM321 juta dengan Halaman Optima Sdn. Bhd,
- Projek Selenggara komprehensif atau `Refit' untuk dua kapal selam TLDM Kelas Tunku Abdul Rahman berjumlah RM1.17 bilion dengan Boustead DCNS Naval Corporation Sdn. Bhd.
- Surat terima 22 buah trak 5 tan GS 4x4 untuk Tentera Darat dengan AVP Engineering Sdn. Bhd. bernilai RM15.4 juta.
- Surat terima membekal helmet balistik FAST untuk Tentera Darat dengan Usahawan Pakaian Saling Erti Sdn. Bhd. dengan nilai RM34.5 juta.
- Surat terima dagang pertukaran (barter trade) peluru berpandu Otomat MK 2 dengan 8 unit EOFS bagi Skuadron Korvet ke-24 oleh Astra Permai Sdn. Bhd. dengan kos RM34.5 juta
- Surat Hasrat pembelian M109A5 SPG untuk Tentera Darat dengan Kerajaan Amerika Syarikat.
M109A5 Meriam Bawaan Kendiri atau `Self Propelled Gun) SPG . Foto Internet (www.doppeladler.com) |
Berdasarkan sumber internet, M109A5 ini adalah versi dilengkapi meriam kaliber 32 M284 dengan kemampuan menembak menggunakan projektil tanpa bantuan sehingga 23.5 km dan menggunakan projektil bantuan tujahan sehingga 30km. Jarak jangkauan pergerakan SPG ini sehingga 350km. Kos sebuah melalui bantuan FMS Amerika Syarikat adalah sekitar USD300,000.00 bersamaan RM1.2 juta sebelum tingkat upaya, PP menjangkakan, kos keseluruhan untuk program ini mungkin akan cecah sehingga RM50-60 juta di mana kos melibatkan tingkat upaya sistem komunikasi, sistem kawalan medan tempur atau BMS (battlefield management system) serta pelbagai aspek lain seperti amunisi dan lain-lain.
Melihat pada kosnya yang agak berpatutan, adalah wajar TD menyesuaikan diri dengan doktrin yang bersesuaian memandangkan TD tidak pernah mengoperasikan SPG sebelum ini. Jumlah 24 buah ini akan membantu TD merangka pelan operasi yang bersesuaian dan doktrin yang mungkin dapat diperkemaskan sekaligus memantapkan operasi rejimen SPG di negara ini. Sehingga kini, TD memiliki aset seperti Adnan dan Gempita yang mencecah sehingga 500 buah. Adalah diharapkan pada masa hadapan, TD akan mula menggunakan kereta kebal dan SPG dipasang dalam negara sebagaimana Adnan dan Gempita. Ini akan membolehkan negara memiliki kepakaran dan industri yang menyokong keperluan TD untuk jangka masa panjang.
Secara ringkasnya, perolehan pada DSA 2016 memperlihatkan Kerajaan terus peka dan berterusan melaksanakan pelbagai program bagi memastikan ATM mampu menangani sebarang ancaman sama ada konvensional atau asimetri.
bila agaknya Malaysia boleh ada kapal pengangkut helicopter. Filipina sekurang2nya telah ada kapal logistic yg baru diterima dpd Indonesia dan akan menambah 3 buah lagi.
BalasPadamTLDM memang memerlukan kapal logistik bagi menggantikan dua kapal MPSS yang telah lama dioperasikan. Buat masa ini peruntukan belum ada, kapal logistik ini ada banyak konfigurasi, versi TLDM mungkin berbeza dengan apa yang ditawarkan di pasaran.
BalasPadammalaysia tu harus kuatkan jet pejuang yg banyak,kapal destroyer....jelas cina dah siap perang kat lcs tapi kita nie diam jer....filipina berpuas hati ngan kapal angkut helicopter buatan indon.....indon pula dalam diam bina tambahan kapal lpd yg lebih besar.....dan siap bina destroyer iver pula untuk hadapi cina
BalasPadamHebatnya kereta kebal tentera Malaysia
BalasPadamPerkataan menghibur diri kawan drpd realiti kereta kebal malaysia yang buruk sangat
BalasPadamBersatupadulah sahabatku Malaysia bersama kami Indonesia. Sejatinya kita bersaudara,, lawan sebenar kita iaitu duplicate israil, singapork yg nakal.
BalasPadamBersatupadulah sahabatku Malaysia bersama kami Indonesia. Sejatinya kita bersaudara,, lawan sebenar kita iaitu duplicate israil, singapork yg nakal.
BalasPadam