Melihat kepada skop tanggungjawab yang bertambah, aset-aset sedia ada yang telah usang, amat perlu diganti pada kadar segera. Amat kritikal Kementerian Pertahanan meneliti dan bermusabah diri, adakah TLDM ada kemampuan dalam tangani pelbagai cabaran yang semakin kompleks dan mencabar?
China, dalam masa yang sama, juga dalam usaha memperluaskan pengaruh kuasa maritim dan tidak segan silu untuk merayau sehingga jauh ke dalam perairan negara. Jiran serantau juga aktif membangunkan keupayaan maritim mereka kepada satu tahap dapat menjurangkan keupayaan TLDM untuk `show of power' dengan lebih efektif.
Tidak dinafikan, dua buah kapal selam Kelas Tunku Abdul Rahman, merupakan satu pemukul strategik flotila yang telah lama diidamkan berbandingTUDM sendiri yang masih bermimpi dengan sistem AEW&C. Bagaimanapun, dengan dua unit sahaja, elemen cegah rintang ini amatlah rapuh. Mana-mana musuh amat mengetahui bahawa meneutralkan sebuah Kelas TAR, akan mengurangkan kekuatan strategik TLDM sehingga 50%.
Aset terkini TLDM buat masa ini adalah enam buah PV, Kelas Kedah (1 x 76mm, 2 x MSI 30mm, 1 x heli). Kelas Laksamana juga bakal dilucut peranan ofensif dan akan hanya menjadi kelas peronda sahaja aka gunboat seperti Kelas Kedah. Manakala, skuadron Bot Serang Laju atau FAC/M juga semakin nazak. Buat masa ini, TLDM cuma mengharapkan Skd 22 (Kelas Kasturi) dan Skd 23 (Kelas Lekiu) yang mana, hanya 3 buah kapal sahaja yang aktif, ini memandangkan KD Lekir sedang menjalani SLEP bagi memastikan kapal ini boleh beroperasi sehingga 2030. KD Kasturi telah pun beroperasi semula selepas menjalani program SLEP yang menelan belanja sehingga RM703.8 juta.
Malaysia adalah negara maritim, maka, pertahanan hadapan adalah TLDM, itu satu fakta yang cukup jelas buat semua. Pada tahun ini, Kerajaan bersetuju mengikat kontrak untuk membeli 6 buah SGPV-LCS. Akronim ini amat mengelirukan, persoalan dalam melihat TLDM fokus kepada pertahanan pesisiran pantai semata-mata sedangkan pola cabaran amat jelas menunjukkan Malaysia harus ke tahap operasi laut dalam. Markas armada perlu buka mata, TLDM bukan di era 70-an, tetapi di era di mana peranan yang dimainkan adalah jauh lebih besar dan bukan sebagai pasukan sokongan kepada ATM lagi.
Pada realitinya, TLDM tidak pernah memiliki kapal-kapal yang boleh dikategorikan sebagai full frigate. Kelas Lekiu, aset pemukul TLDM adalah seberat 2,000 tan sahaja, manakala kelas FREMM, frigate terkini buatan Eropah adalah seberat 6,000 tan!!. Kelas Kasturi juga hanya sekitar 1500 tan. SGPV-LCS dijangka bakal cecah 3,000 tan, bergantung kepada sistem yang bakal digunakan. Jangka hayat kapal yang bersaiz kecil sebegini, lebih kurang 20 tahun, Malaysia yang sememangnya negara kecil berpendapatan kecil juga, akan menggunakan Kelas Kasturi sehingga 2030, bermakna sehingga 46 tahun!!!
Antara keperluan mendesak TLDM ialah :-
- Menggantikan Skuadron 1 (FAC/M) x 6 buah FAC/M
- Menggantikan Skuadron 6 (FAC/G) x 8 buah FAC/G
- 2 x kapal MPCSS/Logistic/Landing Ship
- Menggantikan Skuadron 13 PC Sandakan x 2 buah PC
- 1 Skuadron x 6 buah medium size ASW heli
- 1 Skuadrom x 6 buah MPA dengan keupayaan ASW/ASuW
- Menggantikan Skd 24 Korvette x 4 buah Kelas Laksamana `togel'
Projek kapal latihan Gagah Samudera dan Teguh Samudera sedang terganggu akibat masalah kewangan?? Jadi diharapkan dalam tahun 2016, isu ini dapat diselesaikan dan TLDM dapat mengoperasikan kapal ini dengan dwi fungsi, latihan dan rondaan.
Jika projek SGPV-LCS akan bermula 2018, jumlah kesemua akan diterima pada 2025? Pelan pembangunan TLDM perlu dilaksanakan dengan sasaran yang jelas dan realistik.
TLDM perlu kaji sama ada masih memerlukan skuadron FAC/M? atau kapal fungsi pelbagai seperti LCS yang lebih optimum dalam melaksanakan tugasan masa aman seperti rondaan, kawalan lanun, peperangan asimiteri dan sebagainya.
TLDM mengoperasikan 16 buah aset FAC/M dan G serta PC. Jika TLDM melaksanakan program gantian. perlu memperlihatkan versi LCS TLDM dilengkapi sistem ECM/modul SAR/Anti lanun/pemintasan. Ini termasuk sistem UAV VTOL dan RHIB bot laju sebagai bot pemintas. Kemampuan di laut sehingga 14 hari. Sistem senjata, meriam RWS 30mm, sistem CAMM SAM dan 4 x SSM. Jika TLDM boleh dapatkan peruntukan untuk 10 atau 12 buah sudah cukup optimum.
TLDM juga perlukan 6 buah helikopter ASW dan paling kurang 4 buah MPA. Selain, 2 buah MPCSS atau LHD atau versi yang lebih ekonomi kepada TLDM. Manakala Skd PV ke 17 diberikan SLEP dengan 1 x CAMM SAM dan 4xSSM.
Bermakna, dalam tahun 2025, TLDM akan miliki 6 x SGPV LCS, 6 x Strike PV, 10 x FAC/M/PC, 2 x MPCSS, 6 x ASW Heli dan 4 buah MPA. Masa yang sama membesarakan 16 buah FAC/M/G/PV dan 4 buah Laksamana. Ini bermakna TLDM bersarakan 20 buah aset mereka, digantikan dengan 12 buah aset baru sahaja. Tetapi kuasa tembak daripada 24 x MM38/40 digantikan dengan 64 x MM40 Block III atau NSM.
Mustahil? Ini adalah sesuatu yang boleh dicapai TLDM, anggaran kos mungkin sehingga RM10 bilion, berbanding sistem AV-8 TD pada kos RM8 bilion, ini bukan satu tahap yang amat tinggi. Persaraan 20 x aset lama juga menjimatkan kos selenggara kapal-kapal tersebut. Jika Kerajaan peruntukan tiap tahun bajet pembangunan kepada TLDM untuk bina kekuatan armada, RM1 billion setahun, maka tidak mustahil ini dapat direalisasikan.