Ancaman pengganas juga semakin meningkat sejak akhir ini, terutama penglibatan Daesh atau dikenali juga dengan IS. Blog ini akan menggunakan Daesh kerana penggunaan IS adalah mencemar nama Islam sendiri. Aktiviti keganasan global dengan serangan di Paris, Istanbul dan terkini Jakarta menunjukkan gerakan ini semakin ke hadapan.
Berbeza dengan Al-Qaeda, sel Daesh lebih kompleks dan kemajuan komunikasi dengan medium sosial seperti Facebook, Tweeter dan lain-lain membolehkan arahan dan komunikasi antara pihak pengganas dapat dilaksanakan secara efektif dan sukar dihidu pihak berkuasa.
Malaysia sendiri tidak terkecuali, ancaman keganasan oleh Sulu masih lagi belum dapat dibendung dan akibat daripada entiti ini berlindung di negara jiran, sebarang usaha untuk memusnahkan mereka pasti memerlukan kerjasama rapat antara kedua pihak dan ini bukan sesuatu yang mudah.
Kekangan kewangan juga menyebabkan peruntukan keselamatan perlu diuruskan dengan lebih baik. Ini adalah kritikal kerana setiap perbelanjaan perlu beri kesan impak maksima kepada keberkesanan pasukan keselamatan.
PDRM dengan Cawangan Khas selaku mata telinga dalam menghidu sebarang ancaman dalam perlu dilengkapi dengan keupayaan menganalisa sebarang ancaman berdasarkan data sumber perisikan yang terkumpul sekian lama. Ini membolehkan mereka mengenal pasti pola ancaman dan memastikan sebarang usaha menggugat keamanan dapat disekat sebelum mendatangkan padah.
Kereta peronda PDRM dengan corak terkini. Sumber foto Internet (Sembang-Auto) |
Kenderaan armor Streit MRAP Typhoon PDRM, digunakan oleh Unit Tindakan Khas Sumber foto Internet (syarkghost.blogspot.my) |
Manakala, ATM juga turut menerima beberapa aset untuk melaksanakan tugasan mereka, antara yang perlu diberi perhatian ialah aset-aset untuk ESSCOM. Dua buah platform terapung iaitu Tun Sharifah Rodziah dan Tun Azizan telah beroperasi di Sabah bagi memastikan kemampuan tindak balas pasukan keselamatan lebih tinggi dengan kewujudan platform sebegini.
Pengkalan laut Tun Sharifah Rodziah. Sumber foto Internet (Joint Force/malaysiandefence.com) |
Bagi tahun 2016, adalah diharapkan perolehan untuk ATM dan PDRM sekurangnya dapat menampung tempo operasi dan kekuatan kerjasama pasukan terus dipertingkat pada setiap masa dan ketika. Kesiapsiagaan pasukan keselamatan membolehkan rakyat tidur lena dan selamat setiap masa. Terima kasih atas pengorbanan kalian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan