Misteri R-77 TUDM akhirnya terungkai di DSA 2012
Tiada sebarang kejutan utama, sekadar beberapa kontrak untuk keperluan semasa ATM. Kebanyakan kontrak lebih kepada keperluan TD di mana pelbagai jenis amunisi dibeli daripada beberapa syarikat tempatan dan paling menarik perhatian pembelian 35 peluru berpandu RVV-AE atau R-77, peluru berpandu udara ke udara jarak sederhana (MRAAM). Tidak pasti versi sebenar yang dibeli, tetapi jarak efektif peluru berpandu ini adalah sekitar 40km sehingga 50km (ada versi yang mampu sehingga 160km).
Bagaimanapun, selaras dengan falsafah `Seciput daripada Kuala Lumpur', satu-satunya konsep pembelian yang paling konsisten di Malaysia, jumlah 35 buah MRAM dengan kos RM106.4 juta adalah satu pembelian tambahan, ini kerana kontrak pembelian Su-30MKM, telah pun disatukan dengan pakej persenjataan, cuma jumlah sebenar sistem persenjataan SU-30MKM, tidak dapat dipastikan. Adakah ini pembelian pertama TUDM untuk R-77? Pastinya sesuatu yang agak ironi bahawa selama ini Malaysia telah berjaya mengelirukan semua negara serantau bahawa TUDM telah lama memiliki R-77.
RVV-AE/R-77 - foto ehsan Wikipedia |
Video CGI aksi penembakan R-77-ehsan Youtube
Cuma, tidak dapat dibayangkan bahawa, jika Skuadron SU-30MKM ingin beraksi, hanya satu penerbangan kombat sahaja perlu dilaksanakan dan TUDM tiada lagi stok MRAAM untuk dibawa.
Ringkasan berkaitan aset-aset bakal dimiliki ATM
AV-8
Memang menarik model yang dipaparkan. Agak berbeza daripada platform asal PARS dan dikhabarkan Deftech telah membeli IP dan bermakna bebas untuk membuat sebarang konfigurasi yang disesuaikan dengan keperluan ATM/TD. Cuma sedikit hairan dengan kepelbagaian versi pembawa anggota, terdapat sekurangnya empat versi iaitu :-
1) Meriam 25mm Bushmaster
2) Meriam 30mm LWT 30
3) Meriam 30mm dengan ATGM
4) Sistem RWS dengan mesingan.
Mungkin ada faktor tersendiri, tetapi dengan menggunakan satu versi seperti meriam 30mm LWT 30 dan dipadankan dengan MGKA atau ATGW, kiranya mampu menangani sebarang ancaman sama ada musuh infantri, armor ringan dan sebagainya.
SGPV
DSA 2012 juga memperlihatkan konsep model SGPV daripada BNS, cuma belum ada keputusan muktamad berkaitan kuasa tembakan platform ini. Paling diberi fokus sama ada gandingan Mica VL dan Exocet MM40 Block III atau ESSM dan NSM akan dipilih. Ini kemungkinan akan ambil masa atau pilihan telah pun dibuat. Bagaimanapun, antara dua pilihan ini, pemilihan Exocet MM40 Block III akan memudahkan urusan logistik TLDM. Selain Exocet, TLDM masih lagi mengoperasikan Teseo Otomat, sistem legasi daripada kelas Laksamana. Jika penyelarasan sistem peluru berpandu dilakukan, maka TLDM hanya perlu mengoperasikan kelas Exocet sahaja, termasuk versi pelancaran udara AM-39 dan pelancaran kapal selam, SM-39.
Astross II
Tiada rejimen ketiga sebagaimana yang digembar-gemburkan. Kena tunggu DSA 2014 pula, mungkin kali ini TD bakal memiliki 1 rejimen SPH sama ada K-9 atau Archer. Bagi saya, 12 buah Archer SPH adalah satu kombinasi kuasa tembakan yang cukup ampuh.
STRIDE
Stride kali ini memaparkan `digital camo' TD. Sesuatu yang bukan lagi asing buat kita semua. Manakala, paling menarik. adalah pembangunan mortar 120mm. Sesuatu yang tidak dimiliki oleh TD dan mungkin satu opsyen menarik untuk menggantikan meriam 105mm yang telah usang dimamah usia.
Lain-lain
Terbaik. Lama tak menulis bro?
BalasPadamThanks Mumuchi, biasalah, kalau menulis gosip, mungkin senang, tapi blog pertahanan ini, banyak fakta, kena ada tanggungjawab. Lama hang menyepi dalam GW? Tahun ini GW cecah 10 tahun, boleh ajak hang jumpa dengan geng-geng GW.
BalasPadamBro, yang digital camo tuh confirm ker tentera darat guna nanti?..atau masih dalam kajian lagi oleh STRIDE?...just curious la.
BalasPadamMasih lagi dalam kajian, untuk full scale production kena ada syarikat komersil sanggup beli paten dan mampu hasilkan uniform tersebut berdasarkan spesifikasi Stride. Ini melibatkan pelaburan awal yang pastinya agak besar. Ada cara tetapi pendekatan Kerajaan dalam industri pertahanan ini memang selalunya agak luar biasa. Faham-faham sahaja.
BalasPadamSalam Bro,
BalasPadamHarap information ini boleh menghuraikan quantity R77s dalam stock TUDM.
Actually according to Sipri, its the following for RMAF missile inventory:
500 R-73s (2 batches)
281 R-27s (150 from Russia, 131 from Ukraine)
150 KH-31As
150 R-77s (not counting the 35 which makes it 185)
which makes it 1081 missiles for 36 aircraft (half to be retired) and will cost roughly $billionink
RVV-SD
http://eng.ktrv.ru/production_eng/323/503/567/
RVV-AE
http://eng.ktrv.ru/production_eng/323/503/505/
Terima kasih Sdr. Kilroy atas maklumat.
BalasPadam