Ahad, 21 Jun 2009

Paksaan persaraan MiG-29N, wajarkah?





Dua buah MiG-29N, tunjang pemintasan udara TUDM-foto oleh Chaity

Apabila Menteri Pertahanan baru, YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pada 1 Jun 2009 bahawa Skuadron MiG-29N akan dibersarakan, bukanlah satu berita yang mengejutkan kepada pemerhati pertahanan tempatan. Berita mengenai persaraan ini telah bertiup kencang sejak beberapa tahun lalu setelah pembelian Su-30MKM dimeterai.

Alasan yang diberikan adalah kerana kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi. Selain itu, kesukaran mendapatkan alat ganti daripada pihak pembekal iaitu Russia menyebabkan kerajaan sedikit tawar hati untuk mengekalkan pesawat ini.

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, sementara kajian mengenainya dilakukan, pesawat MiG-29N akan beroperasi seperti biasa. Ini termasuk operasi senggara berkala tetap dilaksanakan. Penamatan khidmat MiG-29N bermakna kerajaan perlu mencari sekurangnya 18 buah pesawat MRCA seperti Su-30MKM atau Super Hornet bagi menggalas tugasan pemintasan yang dilaksanakan oleh MiG-29N selama ini. Ada juga khabar bahawa pesawat satu enjin seperti Gripen dan Rafale turut mengintai peluang dan mungkin Eurofighter juga ada hasrat meluaskan pasaran mereka di Asia Tenggara sendiri.

Tetapi satu perkara yang pasti, skuadron MiG-29N tidak boleh dibersarakan selagi skuadron penggantinya beroperasi sepenuhnya. Jika tidak, akan jadilah pepatah yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran.

Imbas kembali, pemilikan MiG-29N oleh TUDM sebenarnya memberikan impak yang besar kepada senario pertahanan serantau. Kesan pembelian tersebut menyebabkan beberapa negara serantau melengkapkan pertahanan mereka dengan senjata terkini antaranya AMRAAM. Ini dilandaskan kepada keupayaan MiG-29N sendiri yang memiliki sistem radar yang membolehkan ia melancarkan R-77 Adder, peluru berpandu BVR (beyond visual range) ini membolehkan MiG-29N memusnahkan sasaran pada jarak sehingga 90km pada kelajuan 3.0 Mach adalah satu keupayaan yang tiada saingannya ketika itu. Bagaimanapun, tiada bukti atau sebarang pengumumuman bahawa TUDM membeli peluru berpandu tersebut. Tunjang sistem peluru berpandu MiG-29N adalah R-27R1 dan R-73E1 AAM yang mana, R-73 adalah sistem peluru berpandu jarak sederhana dengan jarak tembakan sehingga 30km.


R-77 Adder, peluru berpandu BVR Russia

Persoalan yang di benak fikiran adalah kewajaran persaraan MiG-29N sendiri. Tanpa maklumat terperinci daripada kerajaan, maka sukar untuk membuat andaian bahawa pengoperasian kos MiG terlalu tinggi dan tiada kewajaran untuk diteruskan. Berdasarkan maklumat tidak rasmi, TUDM lebih selesa mengoperasikan F/A-18 Hornet berbanding MiG-29N kerana Hornet lebih mudah diselenggara dan mesra pengguna berbanding MiG. Ini tidak dapat disangkalkan lagi kerana doktrin teknologi kedua negara amatlah berbeza. Manual yang lengkap dan teliti serta ditulis dalam bahasa Inggeris bukan diterjemahkan bermakna anggota TUDM tiada masalah mengendalikan F/A 18.

Tetapi setelah lebih 10 tahun mengendalikan MiG, TUDM juga memperolehi kepakaran yang tinggi dan pastinya lebih arif terhadap kerenah pesawat ini. ATSC, syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan selenggaranya juga pasti telah memiliki tahap kepakaran yang sama bagi membolehkan mereka berdikari dan inovatif dalam melaksanakan selenggara pesawat tersebut.

Selain Malaysia, antara negara yang mengoperasikan MiG-29 adalah Myanmar, Bangladesh, Yaman, Poland, Bulgaria, Slovakia dan lain-lain. Buat masa ini, antara negara antara negara yang telah secara rasmi membersarakan MiG-29 adalah Luftwaffe, pasukan udara Jerman dan Republik Czech. Bagaimanapun, lebih 30 negara masih mengoperasikan pesawat ini. Bahkan ada versi terbaru telah diperkenalkan oleh Russian seperti versi MiG-29 SMT. Pakej tingkat upaya ini membolehkan MiG-29 memiliki keupayaan terkini seperti radar Phazotron Zhuk ME dengan keupayaan mengesan 10 sasaran pada jarak 245km. Pesawat ini juga miliki jarak operasi yang lebih jauh dan sistem penerbangan digital dan kokpit kaca.

Bagaimanapun, isu utama yang ditekankan bahawa MiG-29N masih mampu berkhidmat sekurangnya 10 sehingga 15 tahun lagi. Melainkan Kerajaan mampu menyediakan kepada TUDM 1 skuadron MRCA dalam tempoh 5 tahun, maka barulah wajar untuk membersarakan MiG-29N. Masalahnya sekarang ini, projek EC-725 masih tertangguh, projek AEW juga begitu dan ini adalah projek yang dianggap memakan masa sekurangnya 10 tahun untuk direalisasikan secara keseluruhan. Adalah agak sukar untuk yakin bahawa Kerajaan akan menyediakan dana yang cukup bagi melaksanakan program-program tersebut.

Cuba lihat satu contoh, Poland antara pengguna MiG-29, pada asalnya hanya membeli 12 pesawat pada 1989, iaitu 9 MiG-29 dan 3 MiG-29UB. Lebih rendah kuantiti berbanding TUDM yang memiliki 18 buah MiG-29. Pada 1994, Poland memperolehi 10 buah MiG-29 daripada Republik Czech, di mana 9 buah MiG-29 dan 1 buah MiG-29 UB.

Pada tahun 1998, apabila Poland menyertai NATO maka kesemua MiG-29 miliknya ditingkat upaya kepada standard operasi NATO. Pada Februari 1999, Kementerian Pertahanan Poland memberi kontrak bernilai USD58 juta kepada DASA Jerman bagi pelaksanaan program tersebut. Kita harus sedar bahawa TUDM telah melaksanakan proses integrasi sistem MiG-29N dengan avionik standard barat pada awal pembelian lagi. Ini menunjukkan versi MiG-29N adalah `NATO compatible' sejak diperolehi pada awal 90-an.

Poland pada 2003, menerima 22 buah MiG-29 milik Luftwaffe dan ditingkat upaya pada tahap operasi. Perkara utama yang ingin ditekankan bahawa Poland merancang menggunakan MiG-29 mereka dan pada 2009 akan melaksanakan program tingkat upayanya, sasaran mereka MiG-29 akan beroperasi sehingga tahun 2025!. TUDM yang kini hanya memiliki 14 MiG-29N berbanding pada awalnya 18 buah semakin ketinggalan. Pengoperasian SU-30MKM pun masih belum sepenuhnya. Berdasarkan masalah integrasi yang dihadapi SU-30MKM, bermakna keadaan masih lagi kurang memberangsangkan buat TUDM. Berbanding MiG-29N yang telah pun dikira matang dan mampu melancarkan ordnans udara-ke-udara tanpa sebarang masalah walaupun menggunakan R-77, bermakna pesawat ini masih berbisa dan mampu memberikan satu igauan pada mana-mana musuh yang cuba mengintai ruang udara negara.

Cuma satu sahaja opsyen yang tinggal, jika MiG-29N dibersarakan, kos persaraan dapat diperolehi dan terus digantikan dengan 1 skuadron MRCA sama ada Gripen atau Rafale barulah terlihat kewajaran tersebut.

MiG-29 milik Poland

Jumaat, 12 Jun 2009

Pendekatan baru tambah dana pertahanan

YB Dato Seri Dr. Zahid Hamidi diwawancara oleh
Sayed Munawar dalam rancangan Dialog, TV1
 





TV1 pada 10 Jun 2009 telah menyiarkan program Dialog di mana tetamu jemputan merupakan Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi. Beliau diwawancara oleh hos TV1 iaitu Sayed Munawar. Apabila Sayd Munawar memaklumkan melalui laman Facebook bahawa YB Menteri Pertahanan akan dijemput dan menawarkan peluang untuk mengutarakan soalan, pastinya ini satu peluang yang tidak akan dilepaskan.


Saudara Sayed Munawar telah bermurah hati mengutarakan dua soalan daripada saya kepada YB Menteri Pertahanan iaitu berkenaan isu persaraan MiG-29N dan isu perolehan pada kuantiti yang menyedihkan.


Persoalan tersebut dijawab oleh beliau yang mengatakan kos selenggara yang tinggi menyebabkan kerajaan terpaksa menamatkan khidmat MiG-29N. Manakala, alasan yang sama digunakan kenapa kerajaan terpaksa membeli aset-aset seperti pesawat pejuang dalam jumlah yang tidak ekonomi, malahan tidak pada jumlah yang optimum.

Malahan, beliau bercadang untuk mengatasi masalah kekangan dana ini, mungkin pendekatan seperti SPV digunakan di mana terbitan bon atau sukuk boleh diperkenalkan bagi menampung kos perolehan. Ini pertama kali, satu idea perolehan yang menggunakan instrumen kewangan dalam pasaran komersial dicetuskan.

Ahli forum Gempurwira.com ada mengutarakan beberapa pandangan tentang pendekatan perolehan sebegini, dan rata-rata kurang bersetuju atas alasan kesan kepada ekonomi mungkin lebih ketara.

YB Menteri Pertahanan pastinya arif bahawa dalam konteks pembelian, adalah lebih menguntungkan pembelian secara pukal berbanding secara runcit. Selain mengurangkan masalah logistik dengan pembelian pada kuantiti minimum dan pelbagai barangan, pembelian pada jumlah yang realistik memberikan pelbagai kelebihan.

Sebagai contoh, melalui pembelian pada skala yang besar, pengeluar sanggup menawarkan harga yang lebih komptetitif selain program timbal balik yang lebih bernilai tinggi. Sebagaimana pembelian Su-30 MKM, jika negara memilih untuk membeli dua skuadron penuh berjumlah 48 buah, mungkin opsyen pembelian termasuk pembelian balik 17++ MiG-29N yang dalam pegangan dan seterusnya pembinaan pusat MRO untuk kategori Su-27/30 di Malaysia, ini adalah satu kelebihan keranan selain Malaysia, Indonesia dan Vietnam juga merupakan pengguna pesawat ini. Kedudukan Malaysia yang strategik dan kepakaran modal insan yang sedia ada membolehkan Malaysia menjadi pusat MRO serantau pesawat-pesawat sebegini.

Selain, itu timbal balik teknologi pertahanan yang sesuai seperti teknologi meriam 30mm dan sebagainya boleh digunakan oleh industri pertahanan negara dalam membangunkan sistem persenjataan tempur untuk anti armor dan anti pesawat. Bagi mengurangkan beban kewangan, pakej pembelian boleh digabungkan antara tunai dan barangan. Jika pihak Russia keberatan, dengan jumlah keperluan 48 buah pesawat MRCA, Perancis, Sweden dan US sendiri akan berminat menawarkan pakej yang menarik untuk Rafale, Gripen dan Super Hornet.

Perkara paling utama ingin ditekankan ialah `bargaining power' atau kuasa rundingan, selain itu, boleh juga dijadikan strategi di mana tender meletakkan keperluan pada jumlah yang tinggi dahulu seperti sehingga 72 pesawat dan daripada situ dapat dilihat bentuk tawaran yang diberikan oleh syarikat-syarikat tersebut dalam cuba memikat negara untuk memilih mereka. Bak kata pepatah, kalau boleh langit pun mereka nak jual!

Senario tender terbuka ini pastinya memberikan satu kelebihan kepada negara untuk memilih opsyen terbaik dan juga memberi peluang kepada TUDM mencuba pesawat-pesawat terkini di pasaran. Semasa proses uji nilai, pastinya TUDM berpeluang meneliti teknologi yang diguna pakai dan ini boleh dijadikan rujukan untuk strategi pertahanan negara sendiri.





Rabu, 10 Jun 2009

Bunga Mas 5, kerjasama pintar pihak swasta dan tentera


Krisis lanun di Teluk Aden yang mengakibatkan dua buah kapal kontena MISC dirampas lanun telah membuka lembaran baru kepada TLDM. Aset-aset TLDM buat pertama kali dioperasikan ribuan kilometer daripada pengkalan utamanya dalam membantu menyelesaikan krisis tersebut. Tidak dinafikan kejayaan TLDM beroperasi pada jarak ribuan kilometer daripada negara membuktikan keupayaan TLDM dalam melaksanakan operasi bersifat jarak jauh. Bagaimanapun, kita sedia maklum kuantiti aset-aset permukaan TLDM yang amat terhad bermakna keperluan utama TLDM mengawal dan mempertahankan perairan negara lebih kritikal dan ini bermakna, operasi berterusan di Teluk Aden bukanlah sesuatu dalam jangkauan TLDM sendiri.


KD Sri Inderapura yang kini ditugaskan di Teluk Aden amat diperlukan dalam menyokong operasi semasa TLDM di tanah air. Khidmat kapal ini akan berakhir pada 20 Jun 2009 dan satu usaha mencari pengganti diperlukan. Ini telah membawa kepada satu inisiatif melibatkan MISC dan TLDM di mana sebuah kapal kontena dikenali dengan nama Bunga Mas 5 dimodifikasi kepada kapal auxillary TLDM. Kapal kontena pada saiz 699 TEU ini dilengkapkan dengan geladak pendaratan helikopter bersaiz Super Lynx dan juga kemudahan dan peralatan sokongan bagi anggota TLDM termasuk anggota pasukan khas iaitu Paskal dalam melaksanakan operasi kawalan bersama di Teluk Aden.


Seharusnya, inisiatif ini tidak berhenti di sini, sewajarnya kepimpinan TLDM meneroka sebarang kerjasama dengan pihak swasta dalam mencari alternatif bagi memantapkan kesediaan dan siapsiaga TLDM dalam mengharungi cabaran semasa mengawal perairan negara. Kerjasama yang rapat antara TLDM dan pihak swasta akan memberikan satu pendedahan kepada rakyat tentang peri pentingnya agenda pertahanan kepada negara.
Dalam masa yang sama, dapat dilihat keperluan aset permukaan TLDM amatlah kritikal. Projek NGPV satu usaha penggantian kapal-kapal ronda TLDM yang pada asalnya dijadualkan berjumlah 27 buah tidak selancar yang diharapkan. Sehingga kini, hanya 3 buah Kelas Kedah telah ditauliahkan dan adalah dijangkakan 3 buah lagi Kelas Kedah bakal diperolehi selewatnya 2010/2011.
Adalah diharapkan kerajaan akan memberikan perhatian serius untuk memastikan TLDM memiliki jumlah aset yang optimal dalam melaksanakan tugasannya.

Selasa, 9 Jun 2009

Isu Ambalat. Malaysia tetap profesional


Avoid Provocation In Overlapping Waters In Ambalat: Muhyiddin

MUAR, June 4 (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin has called on all parties to avoid doing anything provocative in the disputed waters off Ambalat near Sabah which are believed to be rich in oil and gas.

The deputy prime minister said Malaysia had very good relations with Jakarta and did not want to cause any problem that could affect the relations.

"We want to avoid any form of provocation that can cause unpleasantness. We must handle the matter with caution," he told reporters after launching the Friend of the Environment and Smart School Environment award here today.

The overlapping claims over Ambalat by the two countries have again became a hot topic after the Indonesian media reported alleged encroachment by Royal Malaysia Navy (RMN) ships in the area last week.

The Indonesian media claimed that an Indonesian navy ship patrolling the disputed waters last week was moments away from firing at an RMN patrol vessel after the latter allegedly ignored demands to retreat.

The incident was described as the worst since the overlapping claims surfaced.

Muhyiddin said the Malaysian security forces patrolling the Ambalat waters had performed their duties with responsibility and in accordance with the regulations.

"Both parties must avoid any action that can raise controversy," he said.

On the bilateral negotiations over the overlapping claims, he said the matter was being handdled by Foreign Ministry officials. However, he did not have the latest information on the status of the negotiations.

Earlier, in his speech, Muhyiddin said to tackle environmental problems and pollution should not be the sole responsibility of the government and all members of the society should pitch in.

"We live in the same environment, breathe the same air, share the use of the natural resources. If this earth is destroyed, then it's the end of the Homo sapiens species or the human race," he said, adding that the overall air quality in the country now was good.

With the enforcement of the Environmental Quality (Control of Petrol and Diesel Content) Regulations 2007 whereby EURO 2M fuel would be marketed from Sept 1, the sulphur oxide level would be lowered, further improving the country's air quality, he added.

He said the Natural Resources and Environment Ministry would step up enforcement on pollution of rivers, including implementing an integrated approach in managing river deltas and conducting public awareness programmes.

On the Friend of the Environment programme, he said it would set up in very parliamentary constituency.

-- BERNAMA- June 4, 2009

Sebagaimana lazimnya, media Indonesia akan berapi-api menyalakan provokasi sama ada melalui media cetak atau melalui blog-blog yang begitu bersemangat menyalakan api persengketaan terhadap Malaysia. Tetapi kepimpinan Malaysia dan juga Angkatan Tentera Malaysia bersikap tenang dan profesional. Media Malaysia juga tidak menjadikan isu ini untuk menjejaskan hubungan baik kedua negara.

Apabila dilihat kembali, episod terkini ini mungkin satu gerakan propaganda Pemilu Presiden yang dilihat sebagai satu peluang untuk pihak-pihak berkepentingan menonjolkan diri masing-masing. Calon-calon Pemilu Presiden seperti Megawati dan Jusuf Kalla mula mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang dikira agak keras sehingga berani menyatakan jika langkah diplomatik gagal, langkah atau gerakan ketenteraan dilihat satu opsyen yang tidak mustahil.

Terkini, TNI dilaporkan menerima peningkatan bajet tambahan berjumah Rp10 trilion untuk peruntukan atau bajet pertahanan 2010. Sama ada peningkatan ini disebabkan keperluan semasa yang mendesak atau didorong juga dengan senario yang menyebabkan ahli perwakilan dewan terdorong atau tanpa ragu-ragu memberikan restu mereka.

Atur gerak TNI melalui TNI-AU dan TNI-AL, Korps Marinir dan juga pelbagai peralatan sokongan logistik, kapal dan sebagainya di kawasan Ambalat dilihat sebagai gerakan `show of force'. Menariknya tiada langsung sebarang berita berkenaan gerakan yang sama dilaksanakan oleh ATM sendiri di kawasan tersebut. KD Yu dan KD Baung yang merupakan FAC-M adalah kapal yang hanya dilengkapi meriam semata-mata dan kapal-kapal TLDM tersebut hanya melaksanakan tugasan rondaan harian sebagaimana lazimnya.

Tidak dapat dibayangkan jika TLDM mula mengarahkan Skuadron Kelas Laksamana untuk mula menyokong rondaan yang sama, kemungkinan separuh kekuatan TNI-AL akan diatur gerak ke kawasan Ambalat semata-mata.

Ini bermakna isu Ambalat ini harus diselesaikan secara bersama-sama dengan semangat ASEAN. Hubungan Malaysia Indonesia akan sentiasa dibelenggu konflik dan sebagainya kerana perhubungan yang rapat keduanya, bak kata pepatah `air dicincang takkan putus'. Tetapi Malaysia harus memastikan hak dan kedaulatan serta maruah negara tetap dipertahankan, apatah lagi segala kerenah dan tingkah laku rakyat Indonesia sendiri yang sentiasa tidak pernah habis-habis dengan slogan `Ganyang Malaysia!!'. TLDM juga mungkin perlu menggunakan isu ini untuk memohon agar peruntukan dapat dipertingkatkan juga. Terutama aset-aset permukaan TLDM bagi memastikan kuasa pemukul hadapan TLDM tetap jitu.